Melahirkan huffaz yang berilmu serta mampu menjadi tenaga penggerak bagi meneruskan kesinambungan institusi pendidikan tahfiz di Malaysia.
Melahirkan generasi al-quran yang berilmu, beramal, berakhlak mulia, berkemahiran, berjaya dalam akademik dan mampu berdikari dalam masyarakat.
Menampilkan lebih ramai lagi individu muslim yang mampu memperjuangkan kebenaran berteraskan aqidah islam dan menjadi pemimpin dalam masyarakat dan negara.
Memperkenalkan pelajar tentang penguasaan ilmu yang seimbang daripada aspek pendidikann tahfiz, akademik, penguasaan kemahiran, muamalat dan syariah islamiah agar pelajar berfikiran luas terbuka dan matang dan mampu membantu masyarakat dan negara.
Memenuhi keperluan pendidikan alternatif dengan menjadikan Al-quran sebagai asas pembelajaran.
Melahirkan insan yang berkualiti serta memahami islam secara syumul dan mempunyai daya juang yang tinggi dan mampu menangani setiap cabaran semasa dengan minda yang positif dan kreatif.
Melahirkan golongan huffaz yang berkelayakan profesional serta menguasai teraju kepentingan agama, bangsa dan negara di masa hadapan.
Maahad Tahfiz At-Ta’zim komited dalam melahirkan huffaz yang berakhlak mulia, berketerampilan, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan ummah dan negara.
Maahad Tahfiz At-Ta’zim komited untuk merealisasikan kelahiran huffaz yang mempunyai jati diri sebagai modal insan cemerlang, prosfesional, sepadu, seimbang, mampu memanfaatkan arus pemodenan dan teknologi untuk pembangunan dan penyebaraan syiar islam serta berkeupayaan menjadi pemimpin dalam masyarakat dan negara melalui pendidikan yang sistematik dan berkualiti.