Kaedah dan teknik sangat penting dalam menyampaikan sesuatu kemahiran kepada pelajar, supaya hasil yang maksimum dapat dicapai dengan kualiti yang tinggi.
Melalui kaedah ini murid di bahagi kepada 2 kumpulan mengikut tenaga pengajar berasakan sukatan hafazan dan pencapaian mereka.
Teknik Talaqi dan musyfahah menjadi teras dalam kaedah ini.
Cadangan Aktiviti :
Guru mendengarkan bacaan kepada pelajar
Guru menerangkan Hukum Tajwid yang terdapat dalam surah tersebut secara tersusun
Pelajar mengikut dan mengulangi 20 kali pada surah atau mukasurat yang ditetapkan
Memperdengarkan bacaan kaset/video digalakan untuk pengajaran taranum secara murattal berkumpulan.
Kaedah ini adalah perkembangan pembelajaran hafazan yang kedua. Pelajar akan berlatih tubi meneruskan hafazan surah atau mukasurat yang telah ditetapkan oleh guru mengikut sukatan pada langkah 1 di atas secara berpasangan sebagai motivasi dan mengelakkan rasa jemu.
Mendengar dan menyemak bacaan rakan juga dapat membantu hafazan pelajar disamping menjadi sokongan kawalan guru. Walaubagaimanapun pelajar boleh juga membuat latihan tubi ini secara individu.
Peringkat ketiga dalam perkembangan P&P hafazan MTAT adalah penilaian pencapaian murid.
Setelah guru mentasmiq bacaan murid, murid akan diberi latihan menulis seperti menyambung ayat,membaris atau mengisi perkataan untuk bukti bertulis pencapaian mereka.
Guru perlu mengesahkan hafazan murid melalui kad rekod hafazan MTAT, memperdengarkan bacaan kaset/ video digalakkan untuk pengajaran taranum secara murattal berkumpulan pada akhir pembelajaran.
Cadangan Masa : 1 Jam
Semoga dengan panduan ini dapat membantu guru membuat rekod pengajaran dan aktiviti yang bertetapan dengan sukatan, sebagai usaha melahirkan al-Hafiz yang berkualiti dan membangun MTAT sebagai Institusi yang cemerlang dan berintegriti.