Maahad Tahfiz At-Ta'zim telah ditubuhkan pada 2016 dengan nama Akademi Tahfiz Teknologi Takzim. Pada mulanya hanya beroperasi di Balai Islam Kampung Paya Dalam, Gemereh, Segamat, Johor. Selaras dengan pertambahan staf dan juga bilangan pelajar, nama ditukar kepada Maahad Tahfiz At-Ta'zim pada tahun 2021.
Selain tempat beribadah, surau juga berfungsi sebagai penempatan pelajar dan kelas pengajian hafazan Al-Quran.